Sebagaimana yang saya sudah jangka sebelum ini, Menteri Besar Perak, DS Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin adalah masih menjadi Menteri Besar yang sah kerana sultan Perak tidak pernah memecatnya ataupun Dewan Undangan Negeri Perak pun tidak pernah mengemukakan usul undi tidak percaya kepada beliau.
Ketika UMNO bergembira menyambut ulangtahun ke-63 pada 11hb. Mei, 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.
Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.
Mahkamah juga memutuskan Menteri Besar BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam exconya mengosongkan dengan kadar segera pejabat mereka – di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.
Apa pilihan yang ada pada Sultan Perak? Bubarkan sahaja DUN Perak atau batalkan semula perlantikan Zamri Abdul Kadir sebagai Menteri Besar…
Monday, May 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment