Tuesday, May 12, 2009

Politik Perak..Apa kesudahannya??

Apa nak jadi dengan Perak nie??? Bukan setakat rakyat negeri Perak, rakyat negeri lain sama ada mengikuti atau tidak mengikuti perkembangan politik Perak pun rasa rimas, risau dan pening dengan apa yang berlaku di Perak.... macam ada peperangan yang boleh mengancam nyawa pulak.....

Bila la keadaan ini akan berakhir??? Kalau bubar DUN kan senang...biar rakyat Perak memilih semula.... selesai masalah..... gentlemen sikit rasanya.... yang menang boleh amik alih dan yang kalah kene terimalah kekalahan tu.... kuasa memilih kan di tangan rakyat... sebab tu la ada undi mengundi nie.... undang-undang sendiri telah ditulis....

Harap pihak yang sepatutnya dapat selesaikan masalah ini sebelum berlarutan dengan lebih parah tanpa berat sebelah..... sama ada ianya melibatkan Parti Memerintah atau Pembangkang... Perlu ada Badan Berkecuali untuk menyelesaikan masalah politik Perak ini rasanya.... dah jadi berebut kuasa tanpa memikirkan kesan jangka pendek dan jangka panjang kepada rakyat....

Jangan sampai rakyat negeri Perak lari ke negeri lain sebab pening dengan situasi yang berlaku...

Monday, May 11, 2009

Nizar minta Zambry lepas jawatan MB

Nizar minta Zambry lepas jawatan MB
May 11, 09 5:26pm


Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menggesa Menteri Besar BN, Datuk Seri Zambry Abd Kair dan enam anggota exconya supaya melepaskan jawatan serta-merta.

Ini ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah.

Nizar kini dalam perjalanan pulang untuk memohon menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.Nizar perlu mendapatkan persetujuan baginda bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengadakan pilihanraya negeri yang baru.

Bagaimanapun, difahamkan Sultan Perak kini sedang berada di luar negeri.

Nizar dijangka menghadap Raja Muda Perak, Raja Nazrin pagi esok.

Dalam satu kenyataan Nizar berkata, penghakiman hari ini bermakna undang-undang perlembagaan adalah pemenang sebenarnya.

'Keputusan berani'Sambil menyifatkan Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim seorang yang berani, Nizar berkata, semua orang mendapat manfaat daripada penghakiman tersebut kerana badan kehakiman yang bebas benar-benar diperlukan untuk kebaikan mana-nana negara dan rakyatnya.

Beliau juga berkata, semua keputusan yang dibuat oleh Zambry dan barisan exconya adalah tertaklluk kepada semakan tetapi tidak terbatal sehingga notis selanjutnya, kecuali pemanggilan sidang DUN pada 7 Mei lalu.S

ementara itu, seorang pembantu Zambry memberitahu media bahawa BN Perak akan menghormati keputusan mahkamah dan akan segera mengosong pejabat mereka.

Sementara itu, dalam reaksinya, pemimpin DAP, Lim Kit Siang memuji keputusan tersebut.Menurutnya, ini merupakan kali pertama mahkamah memulihkan keyakinan rakyat terhadap bidang kehakiman.

Bagaimanapun, BN masih mempunyai kelebihan di Dewan Undangan Negeri.

Manakala mahkamah tidak mengiktiraf pelantikan Zambry sebagai menteri, tetapi pelantikan Speaker baru DUN Perak, Datuk R Ganesan adalah masih sah.

Ekoran itu, Ganesan boleh memanggil sidang khas DUN di mana usul tidak percaya oleh dikemukakan terhadap Nizar.

Dengan sokongan '28 + 3' ADUN, berbanding 28 ADUN Pakatan, BN tidak menghadapi masalah untuk meluluskan usul tersebut.FRU berkawal.

Sementara itu, beberapa trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dilihat tiba di di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.Pejabat Menteri Besar Perak dan anggota exco kerajaan negeri terletak di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdulah menasihatkan orang ramai supaya tidak berkumpul di bangunan tersebut bagi mengelak keadaan yang tidak diingini berlaku.

Beliau berkata polis akan mengambil tindakan kepada mereka yang tidak mematuhi arahan ini.

"Polis telah diarah berada di kawasan bangunan tersebut bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku", katanya kepada Bernama.

Selain polis, katanya, FRU juga telah diarah berkawal di bangunan pentadbiran kerajaan negeri itu.

Katanya sehingga jam 6.30 petang ini keadaan adalah terkawal.

DS NIZAR MB PERAK YANG SAH

Sebagaimana yang saya sudah jangka sebelum ini, Menteri Besar Perak, DS Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin adalah masih menjadi Menteri Besar yang sah kerana sultan Perak tidak pernah memecatnya ataupun Dewan Undangan Negeri Perak pun tidak pernah mengemukakan usul undi tidak percaya kepada beliau.

Ketika UMNO bergembira menyambut ulangtahun ke-63 pada 11hb. Mei, 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.

Mahkamah juga memutuskan Menteri Besar BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam exconya mengosongkan dengan kadar segera pejabat mereka – di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.

Apa pilihan yang ada pada Sultan Perak? Bubarkan sahaja DUN Perak atau batalkan semula perlantikan Zamri Abdul Kadir sebagai Menteri Besar…

Thursday, May 7, 2009

Monday, April 13, 2009

Mansuh MeCD: Kerajaan tidak abai kepentingan bumiputera

KUALA LUMPUR 12 April – Kerajaan memberi jaminan kepentingan masyarakat bumiputera di negara ini tidak akan diabaikan walaupun Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) telah dimansuhkan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, konsep Kabinet ialah membuat keputusan berdasarkan tanggungjawab bersama yang membabitkan semua kementerian dan tidak memberi tumpuan kepada kementerian tertentu saja.

“Di mana-mana pun Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) boleh letak (agensi di bawah MeCD). Dulu Felda di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, kemudian dipindah ke Jabatan Perdana Menteri. Diletak di mana pun tanggungjawab agensi ini masih penting.

“Keputusan Kabinet kolektif, dasar yang dipersetujui bersama seperti pembangunan bumiputera dan usaha menterjemahkan beberapa prinsip Dasar Ekonomi Baru (DEB) ke dalam konteks sekarang, masih menjadi agenda Kabinet,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis tahlil dan doa selamat serta meraikan ahli-ahli UMNO Bahagian Pagoh di kediamannya di Bukit Damansara di sini hari ini.

Pada majlis itu, Muhyiddin menerima memorandum daripada Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar yang antara kandungannya meminta kerajaan mewujudkan kembali MeCD bagi meneruskan agenda membela bumiputera dengan berkesan.

Agensi di bawah MeCD iaitu Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) kini diserapkan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) pula diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, beliau mengetahui sebab Najib memansuhkan MeCD tetapi setakat ini tidak bercadang menjelaskan tujuannya kepada khalayak umum.

“Sesuatu perkara yang dibuat oleh Perdana Menteri dan Presiden UMNO adalah atas sebab-sebab tertentu, kadang-kadang kita susah hendak faham.

“Saya tahu apa sebab beliau buat begitu. Tetapi tidak perlu pada masa ini untuk saya jelaskan kepada khalayak umum,” katanya.

Menurutnya, sedikit masa lagi kerajaan akan membuat penjelasan terperinci sebab-sebab pemansuhan itu dan tidak pasti sama ada beliau atau Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan yang akan diarahkan oleh Perdana Menteri untuk memberi penerangan itu.

“Jaminan yang saya boleh beri ialah tiada satu pun kementerian atau agensi yang dianggap tidak penting. Jadi kita kena beri kepercayaan kepada kerajaan dan kepada pimpinan kita untuk menjelaskannya.

“Umpamanya Mara, ia badan penting selaras keputusan Kongres Ekonomi Melayu untuk membangunkan usahawan bumiputera dan mendidik anak-anak. Apakah dengan tiada MeCD peranan ini terabai? Saya tak fikir begitu, mungkin lebih utama lagi,” ujarnya.

Mengenai penyerahan memorandum BBPM, Muhyiddin berkata, beliau akan meneliti pandangan yang dikemukakan NGO itu.

“Saya ambil pandangan ini. Perkara ini (pemansuhan MeCD) telah diputuskan oleh Perdana Menteri, mungkin BBPM juga hendak menemui beliau, tidak mengapalah, terserah kepada mereka.

“Mereka telah menyampaikan pandangan sebagai NGO dan terpulang sama ada Perdana Menteri memikirkan pandangan mereka wajar atau lebih sesuai dengan keputusan sebelum ini,” ujarnya.

p/s: hmmm.....any comment??? need to think for a while....

Sunday, April 12, 2009

Mansuh MeCD tak jejas usahawan Bumiputera

KUALA LUMPUR: Pemansuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) tidak akan menjejaskan nasib usahawan Bumiputera di negara ini sebaliknya mereka akan terus dibela, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Katanya, usahawan Bumiputera tidak perlu bimbang mengenai nasib mereka kerana kerajaan akan terus memberikan bantuan menerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang kini diserapkan di bawah kementerian itu.

“Pemansuhan MeCD tidak bermakna orang Melayu dan kaum Bumiputera di negara ini terabai sebaliknya agensi yang ada di bawah kementerian itu diserapkan ke beberapa kementerian lain seperti kementerian yang diterajui saya dan juga Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

“Langkah itu dilihat akan lebih memudahkan kerajaan memfokuskan kepada kumpulan sasaran yang lebih khusus terutama dalam konteks pemberian bantuan dan khidmat nasihat.

Bagaimanapun, saya percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai sebab tertentu apabila membuat keputusan untuk memansuhkan MeCD.

“Saya juga yakin bahawa dua agensi yang diserap ke kementerian ini akan dapat membantu meningkatkan prestasi usahawan baru terutama di luar bandar kerana menerusi Mara, masyarakat miskin, belia dan pelajar dari luar bandar akan dibantu untuk menjadi usahawan dan mendapat pekerjaan yang lebih baik,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bahawa pemansuhan MeCD dibimbangi akan menimbulkan rasa terkilan di kalangan orang Melayu kerana tiada lagi kementerian khusus yang boleh dijadikan tempat mendapatkan bantuan, tunjuk ajar dan khidmat nasihat.

Sebelum ini, Tekun dan Mara adalah agensi di bawah MeCD yang pernah diterajui Datuk Noh Omar, bagaimanapun MeCD dimansuhkan ekoran penyusunan semula Kabinet, Khamis lalu.

Shafie berkata, walaupun masih terlalu awal untuk membuat perancangan, kementerian yang diterajui beliau akan memastikan masyarakat luar bandar khususnya Bumiputera mendapat tempat seperti diharapkan oleh kerajaan.

“Dua agensi yang baru diserapkan itu juga boleh membantu memantapkan lagi ekonomi penduduk di luar bandar, malah memberi peluang melahirkan lebih ramai golongan Bumiputera luar bandar menceburi bidang perniagaan,” katanya.

Pembubaran MECD akan diperjelas: Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberi penjelasan terperinci berhubung pembubaran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) dalam masa terdekat, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata, penjelasan berhubung pembubaran dan fungsi kementerian itu yang telah diserapkan kepada beberapa kementerian lain berikutan pengumuman Kabinet baru pada Khamis lepas akan dibuat sama ada oleh beliau sendiri ataupun Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa semua fungsi yang sebelum ini terletak di bawah tanggunggjawab MECD akan diberi perhatian walaupun telah diserapkan kepada kementerian lain.

"Pada peringkat awal semua berminat nak tahu...tapi saya beri jaminan tidak ada satu pun yang dianggap tidak penting...bila Kabinet baru dibentuk tentu ada pihak tertanya-tanya mengapa ia ditiadakan tetapi pada dasarnya ia tetap diutamakan," katanya selepas Majlis Tahlil dan Doa Selamat di kediamannya di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semasa mengumumkan barisan Kabinet barunya Khamis lalu tidak menyebut MECD dalam senarai kementerian di bawah pentadbirannya.

Najib kemudian mengeluarkan kenyataan akhbar yang memaklumkan semua agensi di bawah MECD disusun semula dan diserapkan kepada beberapa kementerian lain, termasuk ke dalam Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah.

Beberapa akhbar hari ini melaporkan kebimbangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan seperti BBPM dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) serta Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, berikutan pembubaran MECD yang dianggap sebagai satu kementerian yang menjadi tempat bergantung bagi membela usahawan Bumiputera.

Berikutan itu, wujud kegusaran di kalangan masyarakat Bumiputera terutama Melayu dengan ketiadaan sebuah kementerian yang khusus bagi menjaga kepentingan mereka.

Mengulas perkara itu, Muhyiddin berkata sebagai sebuah kerajaan yang mengamalkan konsep "kebertanggungjawaban bersama" tidak timbul isu kerajaan mengabaikan tanggungjawab sekiranya fungsi kementerian itu (MECD) diletakkan di bawah agensi berlainan kerana setiap keputusan jemaah menteri dibuat secara bersama.

"Kita boleh letak sesuatu agensi di mana sahaja...kerana di bawah mana pun tanggungjawab itu masih penting kerana soal pembangunan Bumiputera tetap menjadi agenda utama kerajaan.

"Kita jangan melihat pembubaran sesuatu kementerian sebagai seolah-olah kerajaan tidak memberi perhatian, kepimpinan tidak akan mengambil kisah atau terjatuhnya martabat tetapi harus diingat sesuatu keputusan yang dibuat kerajaan tentunya bersebab walaupun agak sukar untuk difahami," katanya. - Bernama