Wednesday, March 18, 2009
KHAIRY...BERSALAH TAPI DIBERI AMARAN
Apa keistemewaan Ahli Parlimen Rembau itu, sehingga Lembaga Disiplin Parti hanya memberi amaran sahaja? Adakah kerana beliau menantu kepada Pak Lah atau ada ciri-ciri keistimewaan lain yang tidak ada pada orang lain. Pada pendapat saya Lembaga Disiplin tidak adil dalam menjatuhkan hukuman kerana tidak selaras hukumanya dengan KM Melaka.
Dengan keputusan ini, saya rasa peluang Dato Mukhriz lebih cerah untuk memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO. Andaikata saya diberi peluang menjadi perwakilan, sudah tentu saya tidak akan memilih Khairy dan Khir kerana kedua-duanya telah disiasat oleh Lembaga Disiplin Parti. Imej kedua-dua mereka sudah tercalar. Jika salah seorang mereka menang dalam pertandingan nanti, sudah tentu rakyat akan mempersoalkan kemenangan mereka.
Jadi kepada semua perwakilan UMNO yang akan memilih pemimpin dalam perhimpunan agung nanti, pilihlah pemimpin yang bersih, amanah dan mampu menjalankan tugas sebagai pemimpin kerana jika tidak apa akan jadi negara dan bangsa kerana UMNO sekarang adalah jentera kerajaan.
Thursday, March 12, 2009
BAJET MINI 60 BILION- SIAPA UNTUNG
Friday, March 6, 2009
PERHIMPUMPUNAN PPSMI-AYUH KITA KESANA
Walaupun tidak dibenar oleh pihak polis untuk berarak menuju ke istana, pihak penganjur akan cuba berunding dengan polis sekali lagi bagi membenarkan lebih ramai penyokong bersama-sama ke Istana bagi tujuan itu.
Pada hemat saya pengajaran dan penggunaan bahasa inggeris memang baik untuk pelajar-pelajar akan tetapi penggunaannya lebih banyak menimbulkan keburukan daripada kebaikan. Tidak salah untuk belajar bahasa Inggeris, tetap sistem ini telah menidakkan bahasa melayu itu sendiri. Saya ada bertanya dengan beberapa orang guru yang mengajar subjek ini, daripada apa yang mereka bagitahu pada saya, sistem ini sangat tidak berkesan lebih-lebih lagi kepada penduduk di luar bandar yang mana pendedahan kepada sistem ini sangatlah kurang. Walaupun mereka tahu bahawa sistem ini tidak berkesan dan menimbulkan masalah, mereka tetap mengajarnya dalam dewi bahasa bagi mengelak pelajar tidak faham apa yang di ajarnya. Isu PPSMI jelas membangkitkan ketidakadilan di kalangan pelajar yang datang dari golongan pendapatan rendah. Ini kerana pendedehan terhadap bahasa ini sangat terhad. Mereka tidak mempunyai akses kepada guru tuisyen atau tiada duit untuk membayar guru tambahan. Perkara ini mungkin tidak akan berlaku kepada mereka yang berada di bandar dan mereka dari golongan menengah ke atas.
Selain itu juga PPSMI akan mengakibatkan seseorang itu akan hilang jati diri disebabkan bahasa itu yang mencorakkan penuturnya. Banyak lagi isu-isu yang akan timbul akibat dari sistem ini yang mana subjek tidak diajar dalam bahasa ibunda. Jika kita lihat, untuk menjadi sebuah negara maju, tidak semestinya sistem pendidikan diubah dan diajar dalam bahasa Inggeris. lihat saja negara Jepun walaupun tidak menggunakan bahasa Inggeris negara mereka mengecapi kemajuan yang tiada tolak bandingnya. Apa yang penting, sistem pendidikan yang diajar itu memenuhi kehendak semasa.
Banyak lagi perkara-perkara lain yang timbul akibat sistem ini dan untuk mengelak dari Bahasa Melayu terus terpinggir, marilah kita sama-sama membantah PPSMI ini, agar bahasa melayu kita terus unggul di persada dunia.
Wednesday, March 4, 2009
PILIHARAYA 2 BUKIT DAN 1 BATANG
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan 7 April bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai di Sarawak, serentak dengan pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak dan DUN Bukit Selambau di Kedah.
Apa yang menarik sekali, ketiga-tiga tempat ini namanya berasal dari alam semulajadi, dan yang lebih menarik sekali ialah, pihak yang bertanding akan menggunakan seluruh jentera mereka untuk memenegi piliharaya tersebut.
Jika dilihat dari sejarah pilihanraya kecil sebelum ini, pihak BN akan menggunakan pelbagai cara danseperti menggunakan jentera kerajaan, media dan sebagainya bagi memastikan calon mereka menang. Pihak parti lawan juga tidak kurang hebatnya, di mana mereka akan menghantar petugas-petugas mereka dari seluruh negara untuk membantu calon mereka menentang BN.
Pada hemat saya, rakyat sekarang sudah bijak memilih yang mana calon harus mereka pilih. Bukan setakat calon sahaja mereka nilai, tetapi parti yang diwakili oleh calon tersebut juga dinilai. Ini jelas terbukti pada piliharaya umum yang lalu, ada calon yang baik dan berkelayakan untuk menjadi pemimpin, tetapi ditolak oleh rakyat di sebabkan oleh parti yang diwakilinya mempunyai banyak masalah.
Pada pendapat saya, pilihanraya kecil bagi ketiga-tiga tempat ini, peluang sangat cerah untuk dimenangi oleh pakatan rakyat. Banyak isu boleh diketengahkan oleh mereka seperti isu rasuah pemimpin UMNO dalam pemilihan jawatan, isu rampasan kuasa di Perak dan banyak lagi isu-isu setempat yang boleh mereka timbulkan.
Tuesday, March 3, 2009
Sejarah tercipta di negeri Perak
Sidang yang dikendalikan oleh Speker V Sivakumar, dikatakan tidak sah oleh Barisan Nasional dan mereka menfailkan satu permohonan injunksi di Mahkamah Tinggi Ipoh, dan Pesuruhjaya kehakiman Mahkamah Tinggi Ipoh membuat keputusan memihak kepada Datuk Dr Zambry Abdul Kadir - melarang persidangan DUN pada masa depan, tanpa sebarang tarikh akhir.
Pada satu sidang akhbar selepas persidangan dun tergempar itu, Menteri Besar Perak, Dato Ir Mohamad Nizar Jamaluddin memberitahu akan bertemu dengan Sultan Perak dalam masa terdekat mengenai keputusan sidang tergempar yang mengesyorkan baginda membubarkan DUN. Apakah Sultan Perak akan maklum akan permohonan itu? Sama-sama kita nantikan.
Monday, March 2, 2009
POLITIK PERAK SEMAKIN PARAH
Masing-masing mempunyai agendanya yang tersendiri yang tidak mampu untuk rakyat Perak pikirkan. Bagi ana yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik, ana rasa keadah yang sesuai untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan cara pembubaran dun. Melalui piliharaya semula, kita lihat kuasa rakyat untuk memilih kerajaan mana menjadi pilihan mereka, samaada pakatan rakyat atau barisan nasional. Kedua-dua belah pihak hendaklah menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat perak.
Ana baru saja dapat berita bahawa Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar, memecat Setiausaha DUN, Abdullah Antong Sabri, dan melantik Misbahul Munir Masduki mengisi jawatan itu. Misbahul ialah setiausaha politik bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Pada sidang media pada 7.45 malam tadi, Sivakumar turut memberi amaran kepada Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdullah, bahaidak wa beliau boleh dipenjara sehingga tujuh tahun mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan jika menghalang sidang DUN.
Daripada berita ini, ana rasa kemelut politik Perak semakin parah dan tidak tahu bila penghujungnya. Sebagai pemerhati politik, ana rasa kemelut ini tidak mudah untuk diselesaikan kecuali Sultan Perak membubarkan Dun Perak. Semoga Perak terus berada dalam keadaan aman seperti sediakala.
Sunday, March 1, 2009
Insuran dan Roadtax online
Ya lah, rebet tunai kerajaan bagi dah nak tamat pada 31 march 09, sekarang di ganti pula dengan diskaun tunai jika membeli insuran kenderaan melalui laman web ini sahaja. Tidak dengan yang lain. Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk mendapatkannya.
Tunggu kemunculanya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!