Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail mengumumkan, Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bersalah di bawah perkara di bawah Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO apabila ejennya didapati bersalah mengamalkan politik wang. Yang menjadi musykilnya sekarang kenapa hanya di beri amaran sahaja berbeza dengan Ketua Menteri Melaka yang juga didapati bersalah dan di larang untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.
Apa keistemewaan Ahli Parlimen Rembau itu, sehingga Lembaga Disiplin Parti hanya memberi amaran sahaja? Adakah kerana beliau menantu kepada Pak Lah atau ada ciri-ciri keistimewaan lain yang tidak ada pada orang lain. Pada pendapat saya Lembaga Disiplin tidak adil dalam menjatuhkan hukuman kerana tidak selaras hukumanya dengan KM Melaka.
Dengan keputusan ini, saya rasa peluang Dato Mukhriz lebih cerah untuk memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO. Andaikata saya diberi peluang menjadi perwakilan, sudah tentu saya tidak akan memilih Khairy dan Khir kerana kedua-duanya telah disiasat oleh Lembaga Disiplin Parti. Imej kedua-dua mereka sudah tercalar. Jika salah seorang mereka menang dalam pertandingan nanti, sudah tentu rakyat akan mempersoalkan kemenangan mereka.
Jadi kepada semua perwakilan UMNO yang akan memilih pemimpin dalam perhimpunan agung nanti, pilihlah pemimpin yang bersih, amanah dan mampu menjalankan tugas sebagai pemimpin kerana jika tidak apa akan jadi negara dan bangsa kerana UMNO sekarang adalah jentera kerajaan.
Wednesday, March 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment