Pastinya Ketua Pemuda Umno yang baru, Khairy Jamaluddin masih perlu bekerja kuat untuk memantapkan kedudukannya dalam menerajui pergerakan tersebut.
Jelas, dari reaksi para perwakilan di perhimpunan agung Umno hari ini, ia menunjukkan kejayaannya memenangi jawatan tersebut, belum dapat diterima sepenuhnya. Ini kerana setiap kali nama beliau disebut, jelas kedengaran laungan 'boo' dari kalangan perwakilan.
Khairy memenangi jawatan tersebut Rabu lalu, dengan menewaskan dua lagi calon - Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo. Beliau memperolehi 304 undi manakala Dr Mohd Khir mendapat 254 undi dan Mukhriz memperolehi 232 undi. Pada malam pengumuman dibuat, ratusan penyokong Mukhriz tidak puashati dan berkumpul di luar dewan persidangan.
Sebelum ini, Khairy didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin kerana ejennya terbabit dalam rasuah dan sokongan politik. Bagaimanapun, beliau dibenarkan bertanding jawatan ketua Pemuda Umno.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam tidak bernasib baik seperti Khairy. Beliau juga didapati bersalah kerana ejennya terbabit dalam sogokan politik, tetapi beliau dilarang bertanding jawatan timbalan presiden.
Malah semalam, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak menghadiri majlis perasmian perhimpunan agung Umno Khamis lalu, kerana Pemuda Umno secara langsung dan terbuka, merestui politik rasuah.
Sumber: MK
Wednesday, April 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment