Friday, March 6, 2009

PERHIMPUMPUNAN PPSMI-AYUH KITA KESANA

Esok 7/3/09 satu perhimpunan bantahan terhadap pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)akan diadakan di Masjid Negara sahaja seperti arahan polis. Pada mulanya pihak penganjur merancang untuk berkumpul di tiga tempat iaitu di depan Sogo, Pasar Seni dan Masjid Negara dan seterusnya berarak menuju ke istana untuk menyerahkan memo bantahan kepada Yang Dipertuan Agong bagi menilai semula sistem ini yang telah berjalan sejak beberapa tahun dulu.

Walaupun tidak dibenar oleh pihak polis untuk berarak menuju ke istana, pihak penganjur akan cuba berunding dengan polis sekali lagi bagi membenarkan lebih ramai penyokong bersama-sama ke Istana bagi tujuan itu.

Pada hemat saya pengajaran dan penggunaan bahasa inggeris memang baik untuk pelajar-pelajar akan tetapi penggunaannya lebih banyak menimbulkan keburukan daripada kebaikan. Tidak salah untuk belajar bahasa Inggeris, tetap sistem ini telah menidakkan bahasa melayu itu sendiri. Saya ada bertanya dengan beberapa orang guru yang mengajar subjek ini, daripada apa yang mereka bagitahu pada saya, sistem ini sangat tidak berkesan lebih-lebih lagi kepada penduduk di luar bandar yang mana pendedahan kepada sistem ini sangatlah kurang. Walaupun mereka tahu bahawa sistem ini tidak berkesan dan menimbulkan masalah, mereka tetap mengajarnya dalam dewi bahasa bagi mengelak pelajar tidak faham apa yang di ajarnya. Isu PPSMI jelas membangkitkan ketidakadilan di kalangan pelajar yang datang dari golongan pendapatan rendah. Ini kerana pendedehan terhadap bahasa ini sangat terhad. Mereka tidak mempunyai akses kepada guru tuisyen atau tiada duit untuk membayar guru tambahan. Perkara ini mungkin tidak akan berlaku kepada mereka yang berada di bandar dan mereka dari golongan menengah ke atas.

Selain itu juga PPSMI akan mengakibatkan seseorang itu akan hilang jati diri disebabkan bahasa itu yang mencorakkan penuturnya. Banyak lagi isu-isu yang akan timbul akibat dari sistem ini yang mana subjek tidak diajar dalam bahasa ibunda. Jika kita lihat, untuk menjadi sebuah negara maju, tidak semestinya sistem pendidikan diubah dan diajar dalam bahasa Inggeris. lihat saja negara Jepun walaupun tidak menggunakan bahasa Inggeris negara mereka mengecapi kemajuan yang tiada tolak bandingnya. Apa yang penting, sistem pendidikan yang diajar itu memenuhi kehendak semasa.

Banyak lagi perkara-perkara lain yang timbul akibat sistem ini dan untuk mengelak dari Bahasa Melayu terus terpinggir, marilah kita sama-sama membantah PPSMI ini, agar bahasa melayu kita terus unggul di persada dunia.

No comments: